Assalammualaikum and hye..cuti ni selalu updet blog,ye la..kalau buka school kn dah tak dapat on9:(.anyway,sekarang nak kongsi tips-tips penjagaan rambut wanita-wanita yang berhijab."pakai hijab la.,macam mana nak jaga rambut yang sentiasa ditutup ye..".,emm..tak perlu risau.,baca tips ni..
- CUCI RAMBUT SETIAP HARI
Jika anda biasanya mencuci rambut setiap hari,ubahla kebiasaan ini.jika anda bertudung,memang tidak
sesuai jika anda mencuci rambut setiap hari.keadaan ini lebih teruk jika kamu cuci rambut pada waktu
pagi sebelum ke tempat kerja.Tak kira panjang mana sekali pun rambut anda, ia tetap memerlukan masa
yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung.walaupun anda menggunakan pengering
rambut,rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.
PETUA:cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3kali seminggu.Lebih afdhal,cucilah rambut anda pada waktu petang,sebaik sahaja pulang dari kerja.keringkan rambut secara semula jadi.Biarkan ia lepas dan elekkan daripada membungkus tuala.
2. PILIH KAIN TUDUNG BERFABRIK LEMBUT.
Pilihla h fabrik lembut untuk tudung anda.Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang
memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda.
PETUA:Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3. SENTIASA MERAWAT RAMBUT.
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut terbelah. Jika anda
membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.
4. ATASI MASALAH RAMBUT JIKA ADA.
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau
anda tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, anda boleh mendapatkan
nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk anda.
PETUA:Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkannya. Dapatkan maklumat yang betul dan tpat
mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan betul.
5. BEREHAT DAHULU SEBELUM MEMBERSIHKAN DIRI.
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, terus buka tudung anda dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.