*Assalammualaikum*
Ehem.. Hari ni dah masuk hari yang ke empat cuti tahun baru cina
*termasuk sabtu dan ahad* . Buat seluruh warga Malaysia yang berbangsa Cina, selamat tahun baru Cina yee..terutama kepada rakan karib saya
Chyrel Belinda Chong. Harap-harap dapat limau buka sekolah nie..hehe
Hari ni nak cerita pasal hijab pulak, orang selalu tanya soalan macam ni `` pakai hijab ni tak panas ke?". Tak la, ia sangat selesa ^^ . Banyak kelebihan yang kita boleh dapat kalau kita berhijab
1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa. Menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah
S.W.T
2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berniat jahat.
3. menutup aurat juga adalah melambangkan wanita yang bertamadun kerana menjaga
kehormatannya.
4. Korang tau berhijab ni pun boleh mengelakkan daripada penyakit kulit tau. Menurut kajian
saintifik ,ia membuktikan kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Oleh itu, wanita
memerlukan penjagaan lebih rapi dan baik berbanding lelaki. So memang tidak hairan la kan
kalau the girls ni suka sangat masuk spa and di rumah pon ada macam-macam jenis alat
penjagaan kulit. :)
apa kata anda yang di luar sana? :)
terima kasih kepada yang membaca entry ini :) xoxoxo! publish!