Sunday, 21 April 2013

Gwiyomi

                                                    Assalammualaikum

Hari ni masuk hari yang ke-6 pemergian ibunda tersayang ke tanah suci untuk menunaikan ibadat Umrah. Alhamdulillah hajat ibunda yang selama ini dinanti-nantikan sudah tercapai. Sebagai seorang anak ,saya juga amat gembira dan terharu.. semoga ibadat umrah mummy berjalan dengan lancar, amin..

Emm..semakin lama semakin banyak pula style-style yang dicipta. Yang dulunya shuffle, kemudian gangnam then harlem shake. Yang terbaru pula Gwiyomi emm ..macam-macam kan..

Nak cerita pasal gwiyomi..tipu lah kalau korang kata tak pernah tengo video yang super duper cute and comelsss ini. Dalam youtube berlambak, dalam facebook,instagram,twitter and blog pun top..Pernah tengo kan?.. Lagu  ni berasal dari tanah K-pop. Kalau korang buka youtube banyak video gwiyomi yang dibuat oleh minah-minah korea yang yang super duper cutess and comelss. Kaum Adam pun suka tengo..ye la., siapa yang tak suka tengo manusia lawa kan?? betul tak?? hehe..


Orang buat video gwiyomi..so yang empunya blog ini pun mau try juga even tak comel :(
Hantam seja la hahaha

thanks for read..xoxoxo

Friday, 19 April 2013

Kem Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Daerah Ranau 2013

                                                                  Assalammualaikum..
malam ni adalah malam yang agak sunyi tanpa deringan mesej. Sunyi dan agak bosan walaupun buku yang berlonggok depan mata tidak di sentuh. Ciss! sungguh tidak sedar diri budak spm ini. Cikgu ,harap cikgu maafkan saya untuk malam ini kerana malam ini adalah malam di mana mood saya untuk kembali menjadi seorang blogger tegar~~ >______<!!!.

3 minggu tanpa facebook, twitter, instagram, blog dan tumblr. Sibuk memanjang. Camping memanjang..
Penat lenguh lutut ini macam nenek tua. Walaubagaimanapun saya happy sebab buku rekod kokurikulum saya yang agak bersih kini telah diisi dengan penglibatan yang agak baik kihkihkih!..so happy..

Kenapa saya rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan dia? .Someone, boleh bagitau kenapa?
hempp..perasaan sedikit sedih:(. Nampak tak keadaan perasaan yang agak tidak menentu ini..

Kenapa 3 minggu tidak online?
Jawapannya ialah:

11 April 2013
-Kem Bulan Sabit Merah Malaysia peringkat daerah Ranau 2013.
-Jam 3p.m ketibaan rombongan peserta Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) daripada SMK Timbua juga  adalah rombongan yang terakhir tiba di dewan Kampung Lingkudou Ranau.
-Rampasan segala sabun,berus gigi, ubat gigi, minyak wangi,segala alatan solek dan apa-apa yang berkaitan  dengan wangi-wangian badan telah dilakukan Sungguh sengsara jiwa ketika menjalankan aktiviti harian di sana selama 3 hari 2 malam tanpa mandi dan hanya dibenarkan untuk menukar pakaian.Ya Allah cuba bayangkan tidak mandi selama 3hari 2 malam,
dengan aktiviti2 nya yang agak mencabar dan mengeluarkan peluh yang banyak.. Lagi parah bila aktiviti larian berhalangan pada hari yang kedua.. Kami dipaksa merangkak di dalam air saliran yang mengalirkan
segala ubat-ubatan dan juga saliran air mandian mayat yang mengalir dari hospital ranau. Cuba korang
bayangkan betapa sengsaranya kami. Tambahan pula selepas larian berhalangan itu kami sama sekali tidak
dibenarkan mandi dan tidur pun dalam bilik yang sempit dengan peserta yang datang dari seluruh sekolah di
di daerah Ranau beserta haruman yang agak menusuk hidung.. hahaha Ambek kau! trauma pun ada...

12 April 2013
-Pertandingan memasang khemah(Juara)
-Pertandingan memasak masakan yang bertemakan masakan rimba yang diketuai oleh..(saya sendiri)
 ehem2 haha.. Agak susah tetapi dengan semangat pasukan dan kerjasama yang agak baik telah menjadikan
 masakan kami menjuarai pertandingan masakan rimba ini cehh.. happy nii haha
-Pertandingan pertolongan cemas PC (tempat ke4)
-Larian berhalangan
-Pertandingan malam kebudayaan (Juara)

13 April 2013
-Penutupan
-Persembahan pemenang malam kebudayaan(Kami)
-Pengunguman pemenang dalam setiap acara dan pemenang keseluruhan kem. SMK Timbua telah mendapat
tempat ke2 daripada 6 buah sekolah di daerah ranau. Bangga pada team school even kami bukanlah juara.
-Bersurai


Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan:
1)Tidak mandi.
2)Masak sendiri tanpa bantuan cikgu.
3)Tidur dalam bilik yang sempit.
4)Fasi yang agak peramah, baik hati dan agak menarik hati..haha
Sungguhpun  sengsaranya kami, itu belum menyamai kesengsaraan para fesi kami yang pernah berkhidmat sebagai sukarela di tempat-tempt berlakunya masalah peperangan seperti di Lahad Datu.
Kem ini telah menambahkan keyakinan dalam diri kami.. BSMM memang best!







Kamera tidak dibenarkan ..so Saya take time mau pulang seja la,, so sad:( tidak dapat ambil moment yang best.




Monday, 15 April 2013

Konvo.. Congrate Bro! ^_________^

Assalammualaikum.. Lama beno kite menyepi, rasa rindu pulak dengan hobi be be-log ini haha..
Dinner nasi ayam ..alhamdulillah kenyang juga makan masakan mummy yang enak lagi berkhasiat ^_^..

Actully berniat mau tambah entry dari minggu-minggu lalu lagi tapi tidak kesampaian dan kesuntukan waktu. So,terpaksa tahan until this week hehe..

5 April 2013, saya pergi konvo abang. Boring sangat-sangat time ucapan tuu.. Rasa mengantuk pon ada.First time pergi konvo, terharu plus jelous tengo siswa siswi konvo, rasa macam tak sabar lagi mau melangkah ke alam kuliah.Ya Allah permudahkanlah hambamu ini dalam menuntut ilmu untuk mendapat keredaanmu..amin..

Penat pun ada..Kami bertolak dari ranau pada 4 April 2013 then kitaorang tinggal kat hotel Tang Dynasty
.Hotel? emm..memuaskan juga..murah lagi..
korang-korang yang nak cari hotel..just klik----->http://www.hoteltangdynasty.com/





nampak kah tuunnaa.... muka orang yang super duper happy..haha

 Gf, Mummy and ilul :)
bersama ibunda tersayang


ehem! ni yang paling mahal..haha mummy,adik and si abang




How sweet...
saya pun mau macam gini boleh kah?(ditujukan buat si pencuri hati)hihihikss!

Thanks 4 read. Love you..