Kenapa dia pergi sekarang? kenapa bukan dahulu?
setelah perasaan kasih sudah terpaut dalam hati.
Sesuatu yang mungkin boleh hilang namun masih meninggalkan kesan.
dia memang tidak tahu bahawa dialah sumber kekuatan saya. Dialah pendorong saya. Dia kata, dia buat saya tidak fokus tapi sebenarnya dia lah yang buat saya terdorong dengan yang saya hadapi sekarang.
Pertama kali merasakan perasaan yang begitu menyakitkan walaupun saya tahu
besar kebaikan nya .
Tiada sedetik pun rasa kecewa or regret kerana dapat mengenali dia,
sebaliknya bersyukur kerana dapat memberikan satu pengajaran
yang seharusnya tidak akan saya ulangi.
Tiada siapa yang perlu disalahkan.
Saya memang patut menerima segala keperitan dan kesedihan ini
kerana saya tidak berfikir panjang dan membiarkan ia bermula
Sesungguhnya saya manusia biasa. Kesilapan sememangnya sentiasa terjadi
dan sesungguhnya Ajal maut dan jodoh itu adalah di tangan Allah swt.
Kita yang merancang Allah yang menentukan
Memang tidak dapat dinafikan kesedihan dan kerinduan itu
masih ada dan masih kuat, sungguh asing rasanya tanpa si dia,namun saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar perasaan itu
secepatnya hilang untuk saya memulakan hidup yang baru dan
yang membuatkan saya lebih gembira.
Terima kasih kerana telah memberikan saya
kegembiraan , iaitu perasaan asing yang belum pernah saya rasai sebelum ini
walaupun ianya hanya sekejap
dan lamanya masih boleh dikira dengan jari-jemari yang sepatutnya tidak akan saya kira.
Wish me luck on my exam^^
Luahan seorang kawan..
poor her :(