Sekarang jam sudah menunjuk kan jam 12:30 am. Hari ini sudah masuk 31 Ogos 2013. Siapa warga Malaysia tidak tahu hari ini hari apa? sini saya tampar. Bagi dia sedar yang sekarang ini dia tinggal dekat mana. Lahir dekat mana. Makan minum dekat mana. Sudah dapat kehidupan yang senang,aman dan bahagia , boleh lupa hari ni hari apa! ini yang buat saya marah ni!
Hari ini 31 Ogos merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-56 . Congratulation to Malaysian. HAPPY NATIONAL DAY YOU ALL!! .Alhamdulillah 56 tahun sudah kita merdeka. Bebas dari jajahan . Hidup aman sentosa di bumi pertiwi tanah tumpah darahku. Tanah kebangaan Rakyat Malaysia.
Bersyukur sangat yang kita hidup membesar di tanah yang aman dan bebas dari peperangan. SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!. SAYA SAYANG MALAYSIA!.
Hormatilah negara kita. Pelihara lah ia dari kerosakan. Bila time-time National Day ni mesti bendera Malaysia berkebar di mana-mana. Itu menandakan semangat rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan ini, tapi yang menyakitkan hati kenapa masih ada yang tiada rasa hormat terhadap negara? masih ada yang bersikap biadap terhadap negara? Sedih melihat kebiadapan segelintir masyarakat yang akan merosak kan keamanan negara yang sudah lama terbina.
Lihat pada usia, mereka jauh lebih tua dari kami. Jauh lebih matang. Kenapa masih bersikap sedemikian? Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada golongan muda seperti kami. Mereka sepatutnya memberi teladan yang baik. Perbuatan seperti ini akan merosak kan keamanan negara. Mencetuskan kekecohan dalam negara.
Peliharalah keamanan negara agar keselamatan rakyat terjaga serta kehidupan rakyat Malaysia sentiasa senang dan bahagia ^_^
Terima kasih kami ucapkan,
Usaha bakti para pemimpin,
Limpahan darah para perwira,
Membuat negara aman sentosa,
Wahai perwira negara,
Pemergianmu di iringi doa,
Pusaramu ditaburi bunga,
baktimu pada negara tidak terhingga.
TERIMA KASIH MALAYSIA!
29 Ogos 2013
Sekolah kami telah mengadakan perarakan merdeka mengelilingi kampung.
Sungguh gembira saat itu. Nyanyian lagu-lagu kebangsaan serta laungan "MERDEKA" sepanjang perarakan itu membuktikan semangat kemerdekaan yang sangat tinggi.
Love You Malaysia!
Proud To Be Malaysian,
Proud To Be Sabahan!