Saturday, 21 September 2013

My Style, My Way


Assalammualaikum.
Apa khabar? Sihat? Kalau sihat Alhamdulillah. Kalau sakit? Makan lah ubat ok?
Haha. Macam surat pulok kalau tanya-tanya khabar ni kan.. Lama tidak bersua. Rindu pulok mau merepek dekat be-log kesayangan hamba ini. Selama menyepikan diri ni, macam-macam hal yang berlaku. Kalau mau diceritakan, sebulan pun tidak habis tau.. Haihh, tidak apa. Saya highlight mana yang keramat je la ok?.

First. SPM? Huh!!. Kalau kamu perasan lah kan, tahun ni, semua entry yang saya tulis di blog semua nya ada SPM kan? Nampak tak betapa takutnya saya dengan huruf keramat itu? Sungguh mengerikan kalah langsuir,Pontianak,pocong,toyol,hantu raya dan seumpamanya. Bila sebut SPM seja jantung berdegup kencang, darah mengalir dengan laju, perut menjadi kecut, lidah kelu untuk berkata-kata,mata yang sepet pun jadi bulat dan meremang bulu roma(macam jatuh cinta pulok! Haihh). Preparation? Hemp! Pasal persediaan ni I don’t know what to say. Not prepare anything. Punyalah malas kan.. Kehidupan harian saya menjelang SPM ni memang tidak lepas dari dilempang dengan kata-kata menusuk di kalbu oleh ayah. Memang menusuk! Cehwahh! Hahhahahaha.
Bukan SPM tajuk utama hari ini sebenarnya. Tu yang di atas tu. Style apa or fashion apa yang saya suka. Actully idea tajuk pada kali ini saya dapat dari soalan rakan-rakan. Diorang selalu tanya “Nuril, apa pula style(fashion) yang kau suka?”(sleng sabah. Proud to be Sabahan! Oww yeahh!) .
Sebenarnya saya pun kurang pasti apa style yang saya suka. Emm.. Pemilihan pakaian saya adalah Santai, simple and comfert to wear . Selalu kawan-kawan cakap saya ni gaya macam ladies. Mesti suka femenin .
Mereka yang kata. Bukan saya yang kata okey haha. Mentang-mentang lah saya ni Nampak lemah(Nampak sahaja but I’m not like that!). Mau cakap pun suara pelan, tapi saya sebenarnya suka Street style.
Tapi femenin  pun saya suka , but more on street fashion lah, sebab street style ni senang sikit mau match. Varsity lah benda yang mesti ada dalam almari saya. Setakat ni baru 3 varsity yang saya ada. Actully varsity ni mahal. Harga sampai RM60 keatas Saya pun tidak sanggup mau beli tapi saya boleh dapat varsity hanya berharga RM26. Nampak tak perbezaan di situ? jauh bukan?. Di mana saya dapat?. Tentulah online. Syukur owner online shop yang tempat saya beli tu sekitar Ranau ja. My hometown so senang lah dapat.

Saya pun tidak tau kenapa lah saya suka sangat dengan gaya tu. Saya Cuma ingin keselesaan. Biar orang cakap pelik,buruk, and menyampah tengo saya pakai macam mana but trust me, I don’t care what people said. I just walk and show who I’m. Lain lah macam artis kan.. Salah match sikit baju tu, dah kena paparazzi, masuk magazine and di tampar dengan comment-comment pedas kann. Haha.
Street fashion? What kind of fashion is that?. Come let me show you


I'm sure that you already know who is in the picture. Right? Yes absolutely. She is Hana Tajima Simpson the icon of fashion. If you see her, you will see her wearing a street outfit. OMG! how cool is that!
She is my inspired . I choose her fashion because i feel comfortable to wear.

And here I'm hehe..

Shopping adalah hobi bagi perempuan. Begitu juga saya. Ibu dan kakak saya pun begitu. Ye lah like mother, like daughter la kan. hahaha. Saya pantang nampak barang lawa(penyakit). Tapi selalunya saya akan tingo harga dulu baru kualiti. Ehh..agak pelik la kan. Selalunya orang tingo kualiti dulu baru tingo harga. 
Selalunya kalau saya nampak barang tu mahal saya memang tidak akan beli. Walaupun saya suka shopping namun saya tidak akan beli kalau barang tu mahal. Langsung tidak. So jangan lah anggap saya ni boros ok. Saya ni pembeli yang bijak. Ceeewah! bijak la sangat kan. hahaha

Selain daripada harga, kebenaran dari parent juga penting. Ye la saya ni kan masih bergelar parasit. Makan,minum,pakaian dan belanja semua masih ditanggung oleh parent. So kena lah sedar diri kan..Even saya anak bongsu tapi saya bukan jenis yang memaksa . Kalau mommy cakap tidak payah beli saya pun akan diam even dalam hati memberontak. Mau nangis pun ada tapi kena lah tahan juga. 
Muka merajuk tu memang tidak boleh dinafikan lah. Memang akan terjadi. Hahaha. Lain lah time kecik-kecik dulu. Kalau tidak dibelikan apa yang saya mau ,mesti nangis. Dah la tu, hentak kaki kuat-kuat pulak tu. Tidak kira la dekat mana, tengah orang ramai pun nangis seja demi mau dapatkan barang tu.haihhh

Itu lah jawapan saya bagi pertanyaan anda. Anda bagaimana? 
Jom share apa yang kamu suka pakai or anything about you. Sila tinggalkan komen anda di blog saya ok ? hehe 
Thanks for read people :)