Tuesday, 28 January 2014

New year yang terlepas

Asalammualaikum w.t.b.
Lama beno gua menghilang. Memang hati mau sangat mengisi, mencoret dan mencarut di blog ni tapi semangat je yang kurengss sket. :'( Ohhhh btw samada sedar tidak sedar i'm free from SPM! free from being  a stressfull student!. Buat sementara wakutu sahaja sebenarnya nanti-nanti sudah dapat sambung belajar stress balik.. That is what we call life. Right? ehh pesal gua sound like mature ?? Pelik tapi benar. haha

Anyway saya yang sudah terlambat mau juga wish happy new year everyone!!!. Like always lah kan tiap new year orang-orang sibuk mau tanya azam baru. Actually saya still dengan azam tahun lepas. Banyak lagi yang belum tercapai (-_-'').  Dr Fadzly ada cakap kalau azam yang lepas belum tercapai jangan memandai buat azam baru. Betul juga kan, lebih baik kita kecapi dulu azam yang belum tercapai lagi then baru mau fikir pasal azam-azam baru ni.

Banyak betul lah  kenangan manis dan pahit 2013, and kenangan yang paling berharga  is the exam.. ya Allah, betapa penatnya kitaorang menempuhi hari-hari exam SPM itu. Tidur kurang, makan kurang, main kurang and semua lah kurang. Apa yang perlu ialah study, study, dan study. Stress!! Batch 96 dan keatas memang faham beno lah apa yang gua cakap ni.. adik-adik bawah umur yang belum lepas pmr lagi or yang baru lepas pmr tu rasa lah korang bila tiba spm. Menangis you alls! time tu lah terasa hidup ini memang mencabar seperti dipukul ombak ganas ! seperti berjalan diatas duri-duri durian, seperti mereda hutan tebal dan sewaktu dengan nya..sorry gua bukan sastera so harap maklum bila keluar pepatah hangkang tu hihihi. Mohon student sastera jangan lempang saya k..

SPM sudah habis weii !!. . Dulu before habis SPM kitaorang selalu berangan mat jenin . Konon-konon bila lepasan mau enjoy tak payah fikir pasal benda lain melainkan enjoy. Siapa kata menunggu result tu enjoy?? menyeksakan okay! sakit hati! . Harap lah result tu buat saya bangga.. Jangan buat saya merana k? **pesanan buat result !**

Haa cakap pasal lepasan ni, ramai juga kawan-kawan yang kerja time cuti ni and ramai la juga tanya saya ada dekat mana time cuti-cuti malaysia ni. My answer is.. Gua cuti dekat rumah jew.. Mencomelkan berat badan dengan menghabiskan beras mak bapak! tapi gua ada la juga buat niaga online nanti engkorang check it out ya.. link nya ada dekat post gua yang sebelum-sebelun ni,...tu haa dekat bawah. Terima kasih ^^

Siapa yang tanya pasal pakwe tu? ehh ada sorang tu tanya pasal pakwe tempoh hari. Ok fine aku membujang k, melainkan kau carikan gua satu. Pastikan dia serupa dengan sir chief**Becareful with my heart actor** Sebijik ! boleh? hahaha , gurauan semata-mata k.
Lama sudah kah saya mencoret ni? rasa macam pendek jeee.. pasal idea kurangss lah ni.. nanti lain kali gua updet lagi yee..

nah saya belanja selfie. hihi